Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek

Former MCA President

Ucapan tahniah

MCA hendak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pencapaian jaguh negara kita iaitu Dato Lee Chong di persada Olympik . Seluruh rakyat Malaysia telah bersatu tanpa mengira perbezaan politik , keterunan , bangsa , agama dan jantina berdiri teguh menyokong Dato Lee Chong Wei pada perlawanan tersebut. Kesungguhan beliau dalam pertandingan tersebut sudah menandakan satu kemenangan buat kesemua rakyat Malaysia.

MCA juga berharap golongan pemuda yang merupakan aset masa hadapan negara akan menjadikan Dato Lee Chong Wei sebagai idola mereka dan berusaha untuk mengibarkan jalur gemilang kita di peringkat antarabangsa satu hari nanti. Diharapkan pencapain jaguh negara kita akan mampu menjadi sumber inspirasi kepada setiap warga negara di tanah air tercinta.

Pada masa yang sama MCA juga mengambil satu pendirian yang tegas terhadap seorang pemimpin dari DAP iaitu ADUN Kota Alam Shah yang telah menghina jaguh kesayangan rakyat secarat terbuka di Twitter beliau. Penghinaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku terhadap seorang yang amat berjasa kepada rakyat dan negara.

Parti DAP diharapkan dapat mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka yang telah menyarangkan supaya Perdana Menteri kita supaya memberi ganjaran kepada Lin Dan yang sah bukan merupakan warga negara kita dan apatah lagi menghancurkan impian negara kita mendapat pingat emas di peringkat Olympik. Kekalahan Dato Lee Chong Wei turut dipolitikkan oleh pemimpin DAP tersebut sedangkan isu ini merupakan isu sukan yang tidak ada kaitan langsung dengan politik.

Janji bahawa sekirannya Pakatan Rakyat berkuasa maka akan adanya pingat emas pada Olympik 2016. Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat juga tidak memiliki sebarang pencapaian yang baik dalam sukan SUKMA yang baharu sahaja tamat sudah menandakan isu sukan ini tidak ada kaitan dengan politik Cuma dieksploitasi dan dipolitikkan demi memenuhi hawa nafsu politk pemimpin DAP.

Lebih –lebih ini bukan kali pertama pemimpin DAP ini telah menghina kebangaan negara. Sebelum ini beliau telah pun menghina jalur gemilang kita dan pada ketika itu DAP menggantung keahlian selama enam bulan . Memandangkan kali ini merupakan kali kedua pemimpin DAP iaitu Manoharan telah menghina produk kebangaan negara maka diharapkan tindakan yang lebih adil dapat diambil terhadap beliau.

Setelah MAC 2008 umum diketahui ramai ahli , golongan veteran dan sesetengah pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengan Lim Guan Eng telah dipecat. Oleh itu , Lim Guan Eng seharusnya memecat Manoharan daripada DAP kerana kesalahan beliau adalah jauh lebih berat daripada kesemua ahli yang telah dipecat oleh beliau selama ini.

Akhir sekali , MCA berharap rakyat dapat membuka mata mereka untuk lebih mengenali sifat dan sikap DAP sebenar yang kini sudah jelas terpancar kepada semua.

Leave a Reply

Recent Comments